DEVOTEES
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dibawah DME record (M) Sdn. Bhd. DEVOTEES telah membawa nafas baru dalam industri nasyid tanahair dengan mengenengahkan konsep “urban nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hiphop, Dance, pop, dan R&B yang bertujuan untuk memenuhi keperluan remaja masa kini dengan sesuatu yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran masa.
DEVOTEES yang membawa maksud seseorang yang bersemangat terutamanya dalam ajaran agama, terdiri daripada 4 oramg anak muda iaitu Adi Akmal, Abdul Halim, Muhammad, dan Ahmad Shauqi yang masing-masing masih lagi menuntut di menara gading. Nama DEVOTEES juga dipilih untuk menunjukkan komitmen semua ahli kumpulan dalam memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.
Album sulung DEVOTEES yang berjudul DEVOTEES memuatkan lagu-lagu hasil ciptaan tenaga pencipta-pencipta terkenal seperti Yasin, Waheeda, Abu Bakar RAIHAN, Along EXIST dan Munif HIJJAZ. Antara lagu-lagu hit yang telah mendapat tempat di carta radio dan televisyen adalah Tika Dinihari, Mencari Cinta, Alpha, dan sebuah lagu Inggeris berjudul Lament.
Ini adalah alamat surat menyurat devotees:
DME RECORD SDN.BHD.
Unit B5-3, Jalan Selaman 1,
Dataran Palma, Off Jln Ampang,
68060 Ampang, Selangor
Segala urusan show dan pejabat blh contact:
kak tini= 013-6055398
pejabat= 03-42701066
fax=03-42701088
e-mail devotees:
devotees_team@yahoo.com